Friday, January 23, 2015

Mencari Ketenangan

Aku baring di atas katil dan terfikir satu soalan yang telah tersesat dibenak kepala aku,

"Macam mana kalau aku tinggal di pinggir lautan berseorangan ?"

aku memikirkan benda yang ajaib sehinggalah benda yang menyeramkan,
aku bercakap sendirian seperti orang terputus fius otak,

'Ahh apa kau merepek ni!'

--"Kalau lah aku ada dunia sendiri , itu semua aku yang punya , tapi aku tahu ini semua kepunyaan Allah , Ya Allah .. bagaimana aku ingin mencari ketenangan ? adakah seperti dilakukan Rasulullah SAW pergi ke Gua Hira' untuk beribadah kepada-Mu ? Haiyaaa dekat Malaysia ada ke gua macam Gua Hira' ?''

'Merepek lagi !'

Aku lekas bangun dari katil dan lihat wajahku dicermin,

"Ramai cakap aku handsome ,tapi mana cahaya nur di wajah aku ?"

Tiba tiba terdetik  seperti ada orang mengetuk pintu hati aku untuk berhijrah ke jalan Allah Azza Wa Jalla .

Aku pun terduduk di tepi katil aku,

Termenung dan termenung sambil melihat cahaya matahari tembus dari tingkap bilik..

Tiba-tiba aku tersedar !
aku di tengah lautan,

Sebentar!? 

Ia lautan bercahaya !

                                         

Ya ! amat bercahaya .

aku cuba berenang ke pinggir pantai ; setelah sampai dipinggiran pantai ..
aku melihat tiada makhluk lain disitu.

''Adakah ini yang aku fikirkan sebentar tadi ?aku ingin kan dunia sendiri ?"

aku menampar muka berkali-kali,

Ya ini bukan MIMPI !

'Pasti ke bukan mimpi?Ahh asalkan aku dah dapat apa yang aku nak hahahahaha'

Aku berlari bermain digigi ombak yang bercahaya,
aku berasa hidup keseorangan itu lebih seronok ! 
aku baring di atas pasir yang .... 

"Putihnya pasir ni.."

--"Yaaaaa ! ini dunia aku !!!"

Aku melihat awan membiru,
aku teringatkan lagu Sebiru Hari Ini yang dinyanyikan Edcoustic

"sebiru hari ini , birunya bagai terang berderang ... lalalalala "

sedang aku seronok bernyanyi walaupun aku sedar katak lebih merdu jika mendendangkan lagu, 
Tiba-tiba telinga aku menangkap satu bunyi yang biasa aku dengari,

"ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ! ...."

"tak mungkin....."

Aku tidak salah dengar , itu azan .
aku bangun dan berlari mencari seruan azan yang berkumandang itu,
setelah penat berlari..
akhirnya aku terjumpa sebuah masjid tersergam indah !

"What ?ada masjid di pulau yang langsung tiada makhluk lain ? siapa yang bina ?"

'Eh sekejap , tiada makhluk lain ? habis aku ni apa ?' monolog aku.
Kebingungan, beberapa saat..

Lalu aku membiarkan kebingungan sebentar tadi berlalu pergi,segera aku melangkah masuk ke dalam dan melihat tiada satu manusia pun yang berada disitu,

"bunian kah?''

benak kepala aku memikirkan benda yang mengarut.

Aku melihat jam di tangan aku,

"Eh sudah asar ? lebih baik aku mengambil wuduk,solat awal dapat banyak pahala"

Aku mula mengimbas akan pesanan Ustaz Fakrul,

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"... Seandainya orang-orang mengetahui pahala azan dan barisan (saf) pertama, lalu mereka tidak akan memperolehnya kecuali dengan ikut undian, nescaya mereka akan berundi. Dan seandainya mereka mengetahui pahala menyegerakan solat pada awal waktu, nescaya mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya. Dan seandainya mereka mengetahui pahala solat Isya dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan jalan merangkak. "(HR. Bukhari).

-------------
Aku solat dengan kushuk sampailah sujud yang terakhir tertutup mata dan tiba-tiba aku melihat satu cahaya dan kedengaran ayat-ayat quran beralunan merdu,

Aku menangis teresak-esak apabila melihat satu potongan ayat al-Quran ada di satu cahaya

Dalam Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Zumar: 53)

Aku tersedar ,
dan rupa-rupanya itu semua mimpi,
basah kuyup badan aku dengan peluh,

"Apa maksud semua mimpi ni?"

aku lekas bangun dari katil lalu tuala di belakang pintu bilik aku mencapai laju ,
Masuk tandas dengan langkah kiri dan doa;
Cermin tergantung pada dinding tandas..
Aku tergelam dalam pandagan cermin,
Aku melihat manusia yang berada dalam cermin tersebut,

Aku menangis,
baru aku terfikir,

"Aku dah faham"


mencari ketenangan bukan dengan cara 'berseorangan' di dunia fana ini ,
mencari ketenangan dengan cara bersujud kepada Allah SWT.

Aku keluar dari tandas,
tangan aku laju mencapai telefon di atas katil,

"Ya Allah , sudah jam 18:38 petang.. tak solat lagi woi, apa nak jadilah engko kim , bajet nak jadi imam anak dara orang tapi diri sendiri tak lepas dari garisan ke syurga"


Banyak pula aku mengomel seorang diri,


Aku hanya mandi kambing bercampur sedikit sabun badan (Kambing Paling Wangi ,mungkin)

dan segera mengambil wudhuk,


"Allahu akbar .." Mengangkat takbir yang pertama kali dengan niat yang ikhlas dari hati dan aku solat dengan sekusyuk kusyuknya sehinggalah..


sujud terakhir aku bersujud yang amat lama dan tidak pernah aku bersujud sebegini,
sedar tak sedar aku bersujud dengan lamanya dan pergi dengan selamanya dengan tenang .

Inilah perakhiran ketenangan dalam kehidupan aku .

Gedebuk !

"Aduh sakitnya"

'Aik aku tersedar lagi ? Berapa kali aku nak mimpi ? sat .. sekarang jam berapa ?kenapa tangan aku tak boleh bergerak ? mana telefon aku?

Kejap kejap kejap...,


"WEH ! KENAPA TEMPAT NI GELAP?!"